Friday, May 1, 2009

Farewell Gathering

Hari ni kami buat farewell En Hussin and also the handover of the docs kepada boss baru. I prepared the documents for the handover. Letak la dalam tu serba sikit document yang kami dah dok buat selama ni. Even start jam 5 petang. Ramai pulak kali ni. Aku pegi check makanan yang dah siap dihidang. Alah.... boring hari ni makan laksa penang. tak minatlah. Sure orang kata, mana boleh orang Penang tak minat nak makan laksa Penang. Masalahnya takdak laksa Penang yang lebih sedap dari apa yang kita makan di Penang itself. Jadi kalau laksa orang KL buat and nak claim its laksa Penang memang tak menjadi.

Yati became the emcee hari ni. Mula tu rasa macam dah nak nangis tapi control. Kami semua pun control. Nasib baik EN Wan and En Hussin saja yang kena bagi speech. Dibuatnya Yati panggil each dept rep untuk buat speech memangla akan pengsan, nangis tak boleh nak stop. Lepas saja speech semua and the exchange of docs and bagi hadiah En Hussin, kami pun bersalam salaman dengan EN Hussin & boss baru. We started with the boys then the girls macam malu2. Aku pegi dulu sebab aku nak pegi salam dengan bos aku yang dah nak pegi ke division baru next week. Aku berniat nak cakap kat dia yang aku berterimakasih dan juga nak minta maaf kalau ada apa2 yang tersilap and tersalah selama aku kerja dengan dia. Tapi sebaik saja salam aku terus rasa hiba & started to bergenang airmata. Yati was at the back of me. Bila aku paling, nampak Yati, Miza and Shahnim semua dah start nangis. Apa lagi, dah tak boleh nak tahan, airmata terus ngalir. Nasib baik boleh cover sebab nak kena salam dengan Zana yang kebetulan juga last day kat Semasa. The only person yang tak sempat aku nak jumpa was Abang Din. Takpa, nanti dia akan ada di ofis jugak. To En Hussin, Zana & Abang Din, terima kasih atas segalanya, and good luck! Jangan lupa kami kat sini. To Zana, boleh la calling2 bila kami nak p bercuti di Bukit Merah ye.

No comments:

Post a Comment